Bagi bahagian ke-2..
aku ingin menghuraikan sedikit latar belakang Parti gabungan Barisan Nasional dan sedikit sejarah mengenai kebangkitan gelombang parti pembangkang di dalm negara ini.
Barisan Nasional (BN) merupakan parti campuran utama di Malaysia. Ia dibentuk pada 1973 sebagai pengganti kepada Parti Perikatan. Parti gabungan ini sering mengungguli jumlah kerusi di setiap negeri di Malaysia, tetapi ia kemudian mengalami penurunan yang drastik semasa Pilihan Raya Umum 2008 yang mana ia hanya memiliki majoriti bagi kerusi yang dimenangi ke atas 9 daripada 13 negeri, dengan pengecualian negeri Perak,Kelantan, Kedah, Penang , dan Selangor, kesemuanya jatuh ke tangan parti pembangkang. Kuala Lumpur juga berada di bawah kuasa pembangkang, yang diketuai oleh Parti Tindakan Demokratik. jadi..apabila kita bercakap mengenai BN, pasti terlintas 3 parti komponen utama iaitu UMNO, MCA dan MIC.kesemua parti ini mewakili kaum melayu india dan cina. persoalannya, adakah gabungan ketiga parti ini benar-benar utuh ataupun hanya indah dari segi luaran.
akhir-akhir ini, banya isu yang melibatkan hak keistimewaan orang melayu sepeti dicabar oleh beberapa pihak, dan sudah pastinya UMNO perlu bertindak kerana mereka mewakili suara orang melayu, akan tetapi antara perkara yang menunjukkan sedikit keretakan kepada BN apabila presiden mcm sendiri mempertikaikan hak keistimewaan orang melayu. ini sedikit sebanyak mengangggu kerjasama antara ketiga-tiga parti ini. UMNO sendir tidak mampu berbuat apa-apa kerana menjaga hati rakan komponen mereka sekaligus memastikan undi bukan melayu terus memihak kepada mereka.
Bermula dari era zaman parti perikatan lagi, BN mengungguli bilangan majoriti kerusi yang dipertandingakan pada PRU yang dijalan kan. akan tetapi, gelombang perubahan mula dapat dirasai semasa PRU tahun 1999. Pada tahun tersebut, UMNO dan Barisan Nasional telah dikejutkan dengan keputusan pilihanraya yang telah tidak mendapat sokongan yang sepenuhnya daripada pengundi, hanya 75% sahaja jumlah sokongan yang diterima daripada pengundi untuk Barisan Nasional.
“Pada Pilihan Raya Umum 1999, Dr Mahathir yang ketika itu perdana menteri, presiden Umno dan pengerusi BN, kehilangan sokongan sebilangan besar orang Melayu walaupun BN menang 75 peratus kerusi Parlimen - Johari Baharom
Penurunan peratus pada tahun 1999 tersebut adalah hanya berkaitan dengan Isu penahanan terhadap Dato Seri Anuar Ibrahim dan bukan berkaitan dengan isu dasar pentadbiran dan kepimpinan sebagaimana yang terjadi sekarang.
Revolusi politik di negara ini semakin rancak berlaku berikutan kewujudan pelbagai media alternatif seperti internet yang memudahkan rakyat bagi mendapatkan informasi yang tepat mengenal pelbagai isu yang wujud didalam negara. Ini dapat dibuktikan dengan kerugian yang ditangggung oleh akhbar Utusan baru-baru ini, sikap pelbagai media dinegara ini yang seakan berat sebelah dan sememangnya terbukti berat sebelah menyebabkan rakyat mulai muak dan mula mencari cerita sebenar menggunakan alternatif lain. Faktor ini merupakan antara penyumbang besar kepada kekalahan BN dalm PRU yang lepas.
Jika dilihat daripada pecahan undi yang menyokong BN, dapat diakui bahawa sokongan kaum melayu masih kuat walaupun ia tidak kuat seperti zaman BN pada masa dahulu. namun begitu sokongan kaum-kaum lain kepada BN sudah mulai berkurangan dan ini merupakan faktor yang memberi kelebihan kepada pakatan rakyat.
dari sini kita dapat melhat suasana politik yang berlaku dalam negara ini.pada bahagian ketiga aku akan ceritakan apa kekuatan BN dan kelmahannya pada masa kini.
begitu juga mengenai kekuatan dan kelemahan Pakatan rakyat yang semakin diwar-warkan dalam TV3, TV1 dan rakan sejawat mereka..
benarkah???atau hanya mainan BN???
No comments:
Post a Comment