Thursday, December 9, 2010

Politik Kita Part 2





Bagi bahagian ke-2..
aku ingin menghuraikan sedikit latar belakang Parti gabungan Barisan Nasional dan sedikit sejarah mengenai kebangkitan gelombang parti pembangkang di dalm negara ini.



Barisan Nasional (BN) merupakan parti campuran utama di Malaysia. Ia dibentuk pada 1973 sebagai pengganti kepada Parti Perikatan.
Parti gabungan ini sering mengungguli jumlah kerusi di setiap negeri di Malaysia, tetapi ia kemudian mengalami penurunan yang drastik semasa Pilihan Raya Umum 2008 yang mana ia hanya memiliki majoriti bagi kerusi yang dimenangi ke atas 9 daripada 13 negeri, dengan pengecualian negeri Perak,Kelantan, Kedah, Penang , dan Selangor, kesemuanya jatuh ke tangan parti pembangkang. Kuala Lumpur juga berada di bawah kuasa pembangkang, yang diketuai oleh Parti Tindakan Demokratik.
jadi..apabila kita bercakap mengenai BN, pasti terlintas 3 parti komponen utama iaitu UMNO, MCA dan MIC.kesemua parti ini mewakili kaum melayu india dan cina. persoalannya, adakah gabungan ketiga parti ini benar-benar utuh ataupun hanya indah dari segi luaran.

akhir-akhir ini, banya isu yang melibatkan hak keistimewaan orang melayu sepeti dicabar oleh beberapa pihak, dan sudah pastinya UMNO perlu bertindak kerana mereka mewakili suara orang melayu, akan tetapi antara perkara yang menunjukkan sedikit keretakan kepada BN apabila presiden mcm sendiri mempertikaikan hak keistimewaan orang melayu. ini sedikit sebanyak mengangggu kerjasama antara ketiga-tiga parti ini. UMNO sendir tidak mampu berbuat apa-apa kerana menjaga hati rakan komponen mereka sekaligus memastikan undi bukan melayu terus memihak kepada mereka.

Bermula dari era zaman parti perikatan lagi, BN mengungguli bilangan majoriti kerusi yang dipertandingakan pada PRU yang dijalan kan. akan tetapi, gelombang perubahan mula dapat dirasai semasa PRU tahun 1999. Pada tahun tersebut, UMNO dan Barisan Nasional telah dikejutkan dengan keputusan pilihanraya yang telah tidak mendapat sokongan yang sepenuhnya daripada pengundi, hanya 75% sahaja jumlah sokongan yang diterima daripada pengundi untuk Barisan Nasional.

“Pada Pilihan Raya Umum 1999, Dr Mahathir yang ketika itu perdana menteri, presiden Umno dan pengerusi BN, kehilangan sokongan sebilangan besar orang Melayu walaupun BN menang 75 peratus kerusi Parlimen - Johari Baharom


Penurunan peratus pada tahun 1999 tersebut adalah hanya berkaitan dengan Isu penahanan terhadap Dato Seri Anuar Ibrahim dan bukan berkaitan dengan isu dasar pentadbiran dan kepimpinan sebagaimana yang terjadi sekarang.


Revolusi politik di negara ini semakin rancak berlaku berikutan kewujudan pelbagai media alternatif seperti internet yang memudahkan rakyat bagi mendapatkan informasi yang tepat mengenal pelbagai isu yang wujud didalam negara. Ini dapat dibuktikan dengan kerugian yang ditangggung oleh akhbar Utusan baru-baru ini, sikap pelbagai media dinegara ini yang seakan berat sebelah dan sememangnya terbukti berat sebelah menyebabkan rakyat mulai muak dan mula mencari cerita sebenar menggunakan alternatif lain. Faktor ini merupakan antara penyumbang besar kepada kekalahan BN dalm PRU yang lepas.

Jika dilihat daripada pecahan undi yang menyokong BN, dapat diakui bahawa sokongan kaum melayu masih kuat walaupun ia tidak kuat seperti zaman BN pada masa dahulu. namun begitu sokongan kaum-kaum lain kepada BN sudah mulai berkurangan dan ini merupakan faktor yang memberi kelebihan kepada pakatan rakyat.


dari sini kita dapat melhat suasana politik yang berlaku dalam negara ini.pada bahagian ketiga aku akan ceritakan apa kekuatan BN dan kelmahannya pada masa kini.

begitu juga mengenai kekuatan dan kelemahan Pakatan rakyat yang semakin diwar-warkan dalam TV3, TV1 dan rakan sejawat mereka..

benarkah???atau hanya mainan BN???






Monday, December 6, 2010

Politik Kita Part 1



tengah duk syok layan game liverpool kat mamak tiba-tiba lak astro kene potong..
apa la mamak nie,duet banyak tapi xreti nak bayar bil..
nasib baek aku nie bukan nyer die hard fan liverpool..
tapi aku tengok kawan-kawan aku semua muka frust jer..
semua disebabkan xdapat tengok bola..

aku kagum tengok penyokong EPL nie..
even team diorang kalah..diorang stay juga menyokong pasukan kegemaran diorang..
aku memang respect giler..
bukan senang nak ada semangat macam nie..

keadaan nie berlainan pulak ngan landskap politik negara kita..
kalau sesuatu 2 kalah ker..menang ker..kadang-kadang belum sempat lawan pun diorang dah tukar parti..
kenapa yer??
alasan yang selalu kita dengar:
1. untuk kepentingan rakyat..
2. kepimpinan dah tak relevan..
3. saya memperjuangkan islam
3. presiden parti gila kuasa
dan macam-macam lagi..

selalu kita dengar benda nie terjadi dekat belah pakatan rakyat..
itu pun sebab tv semua nak sibuk bercerita pasal pakatan rakyat..
glamour jugak pakatan rakyat nie haha..
kalo citer pasal BN mesti pasal menteri bagi bantuan..xpun bini PM beri ucapan..
kalau ganas sikit menteri buat lawatan..

berbalik pada topik asal..
aku tertanya apa sebenarnya pegangan ahli politik negara ini??
apa prinsip diorang??
hebatkah barisan nasional kerana ramai yg keluar pakatan menyokong BN??
tapi dimanakah kekuatannya??
pada huruf B nyer kah??atau N nyer kah??
atau pada pimpinannya kah??
aku nak huraikan semua nie..
aku nak cari kebenaran sebenar...
kata orang xkenal maka x cinta..mana lah tahu hati ku akan terpaut pada BN??(agaknyer lah)

kita dapat melihat bahawa BN baru jer memenangi 2 pilihan raya kecil baru-baru ni..
adakah itu penentu kekuatan BN buat masa ni??
ada yang kata ya..ada yang kata maybe la..ada yang kata tidak..
tapi itu semua hak masing-masing..kita kan bebas bersuara???

pilihan raya umum pun dah semakin hampir..
walaupun kita nie pegang satu undi jer..
tapi kita kena jugak buat research..
kata orang jangan menyesal di kemudian hari..

lantaran aku pun dah free sekarang..
aku nak terangkan semua nie menurut kacamata seorang TUKANG KATA...




Najib Lancar Perang Pilihanraya

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 6 Dis: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan serangan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak terhadap Pakatan Rakyat khususnya PKR dalam ucapan di Konvensyen BN semalam sebagai keras dan tindakan terdesak.

Anwar berkata, ucapan Najib yang juga Perdana Menteri itu jelas menggambarkan rasa cemasnya terhadap perkembangan politik semasa dan salah satu cara untuk mengalihkan kepincangan pentadbiran BN.

"Ucapan serangan Najib keras dan melambangkan sikapnya yang terdesak dengan perkembangan politik sekarang, nak alih isu kepincangan dalam pentadbiran dan rasuah dalam BN sendiri. Ini nampak lain dari 'style' Najib yang biasa.
"Maknanya ini pelancaran perang untuk menghadapi pilihan raya," kata Anwar dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ketua Pembangkang itu juga berkata, isu 'keluarga dalam PKR' yang dibangkitkan Najib sangat tidak relevan kerana kedudukan Najib juga berlatar belakangkan hubungan keluarga.

"Beberapa isu beliau bangkitkan begitu aneh seperti isu keluarga dalam parti dan sebagainya, datangnya dari seorang yang naik atas kapasiti ayahnya Perdana Menteri, lantik sepupu sebagai Menteri Dalam Negeri dan masih membangkitkan isu peribadi," katanya merujuk kepada ayah Najib, Tun Abdul Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang merupakan sepupunya.

Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh turut mempersoal dakwaan Najib bahawa Pakatan Rakyat anti nasional.

Saya nak tumpu tentang Pakatan ini, beliau memberikan gambaran seolah-olah Pakatan Rakyat mengalami perpecahan. Isu apa?Anti nasional isu apa? Kita berpegang pada perlembagaan. Adakah menentang rasuah itu anti nasional?Cara melayani tunjuk perasaan aman rakyat menuntut hak mereka itu juga anti nasional?" soalnya.

Tambahnya, jika benar Najib seorang pemimpin yang bertanggungjawab, beliau akan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk membalas hujahnya secara bersemuka.

"Kalau benar beliau pemimpin bertanggungjawab, beliau tidak harus mengeluarkan kenyataan tak bertangugjawab dan harus beri ruang kepada pembangkang untuk menjawab. Ini seorang Menteri bercakap di hadapan ahlinya, tak beri ruang untuk kita menjawab. Ini membelakangkan semangat demokrasi dan perbahasan segar," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dengan nada sinis mengucapkan terima kepada kasih kepada Najib kerana memberikan mesej jelas kepada rakyat bahawa Pakatan merupakan gabungan masa depan.

"Saya ucap tahniahlah kepada Najib kerana tak dapat sembunyikan rasa cemasnya.

"Terima kasih juga kepada beliau kerana serangan beliau itu memberikan mesej jelas kepada rakyat bahawa Pakatan merupakan gabungan masa depan bagi rakyat Malaysia," kata beliau yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula meminta satu suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan bagi menyiasat kehilangan RM 52 bilion saham bumi untuk membuktikan keihklasan BN.

"Kalau Perdana Menteri serius menangani rasuah kita harap beliau boleh adakan suruhanjaya siasatan diraja ke atas skandal saham bumi sebanyak 52 bilion ringgit yang telah dilesapkan kerana sungguhpun RM52 bilion saham yang harus diberikan kepada golongan melayu ataupun bumiputera miskin sudah hilang, tiada sebarang tindakan diambil.

"Kenapa tak ada sebarang tindakan BN terhadap skandal ini?Jelas mereka hanya nak kekalkan kekayaan kroni mereka," katanya yang juga ahli Parlimen Bagan.

Najib dalam ucapan dasar sempena Konvensyen BN di Wisma MCA semalam menggelarkan Pakatan Rakyat sebagai pakatan nepotisme dan anti nasional.

Salam Maal Hijrah..

sempena sambutan maal hijrah pada tahun ini..
marilah kita sama-sama menhijrahkan diri kita supaya menjadi yang lebih baik daripada sebelum ini..
seperti yang kita tahu.hijrah merupakan suatu perubahan dari yang kurang baik kepada yang lebih baik..
tetapi kenapa rakyat kita takutkan perubahan????
satu persoalan buat semua, sedangkan setiap tahun kita menyambut Maal Hijrah..
persoalan yang utama..sejauh mana penghayatan kita mengenai konsep Hijrah???
tepuk dada tanya Iman...
ingatlah..kerana hijrah dakwah nabi berjaya..
kerana hijrah islam hebat di mata dunia..
tetapi adakah kita benar-benar sudah menghijrahkan diri kita..
sama-sama kita renungkan...



Akhirnya Kau Pergi Jua





Presiden MIC S Samy Vellu akhirnya mengundurkan diri setelah menerajui MIC - parti kaum India yang merupakan parti komponen ketiga terbesar BN - selama 31 tahun.

Pengganti pilihannya ialah penyokong setianya, Datuk G Panivel, yang akan menjadi presiden MIC yang kelapan.

Manakala setiausaha agung, Datuk Dr S Subramaniam pula dinaikkan pangkat menjadi timbalan presiden.

Bercakap kepada wartawan selepas mesyuarat jawatankuasa kerja pusat (CWC), Samy Vellu berkata: "Saya sangat gembira menyerahkan tugas saya kepada Palanivel dan beliau akan serahkan (tugasnya) kepada Datuk Dr S Subramaniam."

Samy Vellu, 74, pada mulanya akan terus memegang jawatan presiden sehingga bulan Mac 2012.

Bagaimanapun, terdapat gesaan supaya beliau berundur lebih awal dan menyerahkan jawatan itu kepada Palanivel untuk membuat persediaan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

MIC kalah teruk dalam pilihan raya umum 2008 yang turut menyaksikan Samy Vellu sendiri tewas di kubu kuatnya di Sungai Siput.


sebagai menyambut pengunduran beliau, dengarlah sebuah lagu khas buat uncle Sam.


Sunday, December 5, 2010

Permainan Bola Sepak dalam Isu PKFZ

jom dengar kisah sebenar yang berlaku dalam isu PKFZ..
ramai yang tak tahu..
jadi mari lah ambil tahu..
tak la kita asyik kena tipu lagi bila tengok TV..

aku bukan membangkang membabi buta..
cuma menerangkan apa yg terjadi di depan mata..
lepas korang tengok nie..khabarkan pada semua..
agar hak kita dan kedaulatan negara tak lagi ternoda


Penjelasan Yang Tiada Kedengaran

semakin dekat pilihan raya umum bakal menjelang..
semakin hangat isu politik yang semakin dimainkan..
kadang-kadang sampai tak dapat rakyat menilai siapa yg benar sapa yg salah..
berita yang salah disangka betul begitu juga seballiknya..

isu yang aku rasa betul-betul menghentam kerajaan pakatan rakya negeri kedah ialah isu kenaikan air...
jika kita lihat media elektronik seperti televisyen terutama RTM dan TV3 kerajaan kedah teruk dihentam..
apa kata kita dengar penjelasan daripada pihak kerajaan negeri Kedah pulak..
baru adil..


lepas dah tonton nie..renungkan..
betul tak cakap Azizan??
kalo rasa x betul??teruskan di Barisan..
kalo betul??moh ler ke Pakatan

aku duk tengah-tengah.. jambatan atara barisan ke pakatan..
layan!!!!!!!