zaman sekarang budaya amar maaruf nahi mungkar semakin kurang dijalankan..
kadang-kadang sampai ada yg tak nak buat sebab takut dimaki dan dilabel jaga tepi kain orang..
ada pulak yg suka mempersoalkan diri si penegur..
penyakit seperti ini semakin menular dikalangan umat islam..
terutama didalam negara kita yg amat tercinta..
aku sendiri tidak terlepas dari penyakit seperti ini..
banyak org yg mempersoalkan diri aku bila aku mula memberi teguran..
antara yg selalu didengar:
1. macam la ko bagus sangat??
2. ko pun lebih kurang jer..
3. ko betulkan diri ko dulu
dan pelbagai lagi tohmahan yg aku terima..
di kesempatan ini aku ingin meberikan sedikit penerangan mengenai gejala kita yg sukar menerima teguran..
sekadar renungan kita bersama:
Sayyidina Ali Karramallahu wajhah pernah berkata :
انظر إلى ما قال ولا تنظر إلى من من قال
lihatlah kepada APA yang diperkatakan dan janganlah melihat kepada orang yang berkata.
dan firman Allah SWT :
الذين يستمعون القول فيتبعون أحسنه
Mereka (org yg beriman) yang mendengar sebarang ucapan lalu mereka mengikuti apa-apa nilai baik yang ada di dlm ucapan tersebut. Surah az – Zumar . Ayat : 18
sabda nabi SAW :
الحكمة ضالة المؤمن أنى وجدها فهو أحق بها
hikmah itu adalah sesuatu yng hilang dari orang beriman...dimana sahaja ia diketemui,org beriman lebih berhak kepadanya..
---------------------------------------------------------
selain itu,ulama bersepakat menyuruh kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar adalah wajib hukumnya ke atas setiap orang Islam.
kewajipan itu digambarkan sehingga 2 orang yang sedang mencuri pun perlu menegur sesama sendiri supaya jgn mencuri.
---------------------------
tetapi ini bukanlah bermaksud supaya umat Islam tidak melihat dan memuhasabah diri sendiri sebelum menegur.untuk teguran lebih berkesan,perlu kita sendiri laksanakannya terlebih dahulu.
jika kita PENEGUR,ingatlah Allah membenci teguran yang kita sendiri pelakunya.
jika kita yang mendengar pula,kita haruslah menerima teguran yang baik tanpa melihat orang yang menegur....
berkata seorang penyair arab :
لا تنهى عن خلق وتأتي مثله # عار عليك إذا فعلت عظيم
janganlah kamu melarang sesuatu tetapi kamu sendiri pelakunya,
malu besarlah kamu(dosa) jika melakukan yang sedemikian...........
No comments:
Post a Comment