Saturday, December 4, 2010

Boleh ker Tak????



Bolehkah KITA mengatakan bahawa saya tidak mahu ambil tahu tentang politik? Tidak mahu mengundi dalam pilihan raya?












Mengikut ISLAM menentang kerosakan dan kezaliman (kejahatan, pelanggaran (peraturan agama) dan kekejaman) adalah Jihad yang paling utama.

Daripada apa yang dapat difahami daripada sunnah Nabi (mafhum hadis): Munkar (kekejaman) bukan sahaja terbatas pada perbuatan membabitkan khamar - arak, perjudian dan perzinaan - hubungan seks, tetapi ia turut mencakup perbuatan merendah-rendahkan dan mencemar nama baik dan maruah orang ramai dan rakyat – adalah juga suatu kemungkaran/kezaliman, dan begitu jugalah halnya dengan perbuatan menipu dalam pilihan raya, enggan mengundi (memberi syahadah/testimoni) lantas membiarkan kerajaan terletak di tangan orang yang tidak sepatutnya dan orang yang tidak diperlukan, mencuri dan membolot harta dan kekayaan negara, memonopoli keperluan rakyat untuk keuntungan dan manfaat diri atau untuk kepentingan kroni, menahan orang yang tidak melakukan jenayah atau menahan orang tanpa sebab yang adil, tanpa dibicarakan di mahkamah yang adil, menyeksa manusia di penjara dan menahan di kem-kem (tanpa perbicaraan yang adil), memberi, menerima dan merundingkan rasuah/sogokan, tunduk, memuji-muja pemerintah yang jahat (iaitu pemerintah yang jelas melakukan perkara-perkara di atas), membiarkan/membenarkan musuh-musuh Allah dan musuh masyarakat Islam menjadi pemimpin dan ketua dan menolak/ meninggalkan/ tidak mempedulikan orang yang beriman .

Itu semua merupakan kekejaman dan kezaliman yang serius!

Seseorang Islam itu dikehendaki agar mengambil berat dan prihatin terhadap hal ehwal dan masalah ummah iaitu masyarakat membantu dan membela mereka yang mahu menurut dan lemah, menentang kezaliman dan penindasan.

Maka itu, apabila seseorang Islam itu bertindak menarik diri atau menahan diri atau mengatakan tidak mahu terlibat (dalam persoalan politik), dia akan hanya mengundang kemurkaan dan balasan Allah dan akan menjerumuskan dirinya ke dalam api neraka (mafhum ayat).

JADI JANGAN CAKAP POLITIK DAN AGAMA TAK BOLEH CAMPUR...
ITU CAKAP IKUT PERANGAI YAHUDI DAN NASRANI....
DALAM ISLAM...POLITIK TERKANDUNG DALAM AGAMA....
BUKAN AGAMA TERKANDUNG DALAM POLITIK....
DI MALAYSIA?....MACAM MANA...?

No comments:

Post a Comment