Saturday, December 4, 2010

Bangsaku Agamaku



















Dulu masa kecil kecil mak selalu cakap..
kita nie orang melayu..
kita orang islam
ada hukum-hakam
ada adat resam..
ada tatasusila..
kena jaga semua tu..

bila dah besar sikit, mak hantar aku ke sekolah..
aku mula mengerti..
apa itu islam..
aku mula memahami apa sebenarnya islam

bila dah mula remaja..
org selalu cakap..
kita orang melayu kena pertahankan bangsa..
baru agama islam terjaga..

tapi bila aku sudah menganjak dewasa..
baru aku mengerti..
apa itu islam..
apa itu melayu..
adakah melayu semestinya islam???
apakah islam itu melayu???
aku tertanya tanya???

ketika di Universiti
aku diajar tentang perlembagaan negara..
mengikut perlembagaan orang melayu ialah:
1. Seseorang yang menganuti agama Islam,
2. lazim bercakap bahasa Melayu,
3. mengamalkan adat Melayu

apa kaitan islam dan melayu..
sejak itu aku mulai berfikir...
apakah kaitan antara melayu dan islam???

akhirnya kini..aku mulai mengerti..
segalanya berbeza..
aku malu mengaku bahawa melayu itu semestinya islam..
kerana anak melayu sudah ramai yang tidak mengamalkan cara hidup islam..
dimanakah silapnya??
melayukah??? atau islamnya???

apakah islamnya seseorang melayu hanya mengikut perlembagaan..
bukan kah ia diukur melalui keimanan dan ketakwaan..
siapalah aku untuk mengukur semua itu..
aku bukannya tuhan..

tetapi yg menyedihkan aku..
anak melayu sendiri tidak faham mengenai islam..
anak melayu sendiri yg memalukan islam..
apa yg perlu aku banggakan jika ini berterusan..
apakah ini yg dikatakan anak melayu..

aku malu..
bukan hanya dengan bangsa lain..tetapi aku malu dengan TUHAN..
siapakah yang akan membetulkan semua ini???
adakah aku perlu menunggu seorang jagoan muncul dikalangan bangsaku???
benarlah kata Hang Tuah..
"takkan melayu hilang didunia"
tetapi Tuah tidak menyatakan..
adakah keislaman melayu akan kekal didunia??

aku bukanlah pengkhianat bangsa..
tetapi aku sayangkan agama..
aku tak mahu islam dipermainkan di tanah airku tercinta..

kini aku tekad...
aku ingin menjadi jagoan melayu..
yang bisa menyelamatkan agama..
bisa menyelamatkan bangsa...
mungkin kalau bukan dengan kuasa..
aku gunakan dengan kata kata..
biarlah aku dikata gila,,
asalkan agamaku tidak dihina..

ayuh bangsaku!!
bangun!!!bangkit!!!
tekadkan dalam jiwa..
kitalah penyelamat bangsa dan agama!!
jgn biarkan melayu terus layu..
jgn biarkan agama kita terus ternoda!!!


No comments:

Post a Comment